Penulis Ustazah Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid JAKIM


Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keunikan ini adalah suatu keistimewaan yang dikecapi sejak merdeka sehingga kini. Bermula dengan Perdana Menteri pertama sehingga Perdana Menteri kesembilan, perpaduan dan keharmonian antara kaum sentiasa menjadi keutamaan.

Selama 64 tahun merdeka, Malaysia mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian. Rakyat Malaysia hidup dalam sebuah 'keluarga besar' yang dipandu oleh agama, Perlembagaan, Rukun Negara, sistem perundangan, dasar-dasar dan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh seluruh warga negara.

Tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah akan melestarikan kesejahteraan hidup semua warganegara bagi membina ‘baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’.