Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAKIM akan membuka iklan jawatan kontrak (Contract of Service) Siri 1/2026 di JAKIM di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 5 Januari 2026 hingga 19 Januari 2026.

Iklan

Cara Memohon:
  • Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my.
  • Paparan iklan adalah pada 5 Januari 2026 (Isnin), hingga 19 Januari 2026 (Isnin) / 11.59 malam.
  • Panduan Pemohon: Pada Menu Jawatan Yang Dimohon, sila pilih Lantikan Kontrak/ Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.
  • Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.
  • Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

                           Cawangan Pengambilan dan Penempatan
                           Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM
                           Telefon : 03-8870 7637 / 03-8870 7625 / 03-8870 7629