Smart Quran adalah aplikasi mudah alih al-Quran pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Produk ini dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Smart Quran terdiri daripada mushaf Madinah V2 dengan terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mempunyai audio daripada bacaan berikut:

● Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar
● Syeikh Ali al Huzaifi
● Syeikh Ibrahim al Akhdar
● Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.