27 Ogos 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Quick Reference Prosiding Mahkamah bagi Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPPS iaitu YBrs. Puan Noorhafizah binti Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.
Objektif utama mesyuarat ialah memurnikan Draf Quick Reference Prosiding Mahkamah untuk dijadikan rujukan oleh pendakwa syarie.

