Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak
Fungsi 2 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam
Fungsi 3 : Penyelarasan Pentadbiran Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:
-
Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
-
Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
-
Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
-
Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
-
Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
-
Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
-
Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
-
Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.