VISI
Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
MISI
Memperkukuh Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah Kesejahteraan Ummah
OBJEKTIF
- Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat
- Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah
- Menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam
ETIKA KERJA
- Bekerja Dengan Keimanan dan Ketakwaan
- Bekerja Dengan Profesional
- Bertindak Sebagai Satu Pasukan
- Bersedia Memimpin dan Dipimpin
SLOGAN
"Berwibawa dan Berhikmah"
NILAI BERSAMA
Warga Jakim berpegang kepada lima (5) Nilai Bersama dalam melaksanakan misinya kea rah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu :
-
Jati Diri
Mempunyai jati diri yang berjiwa merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
-
Amanah
Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.
-
KerjasamaMenggembeleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.
-
Iman, Ikhlas, IntegritiBerkhidmat dengan penuh keimanan, keikhlasan dan berintegriti melalui etika kerja yang sistematik, efisien dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang.
-
MardhatillahBekerja berlandaskan prinsip- prinsip syariah ke arah memartabatkan ummah demi mencapai keredhaan Allah SWT.