Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M telah diadakan dengan jayanya pada 11 Rabiโ€™ulawwal 1439H bersamaan 30 November 2017 (Khamis), bertempat di Masjid Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.
 
Dengan bertemakan โ€œKesatuan Ummah Kesejahteraan Negaraโ€, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YAB Datoโ€™ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Datoโ€™ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M, YB Senator Datoโ€™ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.
 
Majlis sambutan ini turut disertai lebih 10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
 
Pada majlis ini juga, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima. Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1439H/2017M telah dianugerahkan kepada YDH. Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar 8 Perak, YBhg. Datoโ€™ Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00, sijil dan plak.
 
Manakala lapan (8) lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW adalah:
 
1. YBhg. Datuk Wira Hj. Yaakub Bin Md. Amin
2. YBhg. Datoโ€™ Hj. Wan Mohamad Bin Datoโ€™ Syeikh Abdul Aziz
3. YBhg. Datoโ€™ Ku Jaafar Bin Ku Shaari
4. YBhg. Datoโ€™ Aidit Bin Ghazali
5. YBrs. Prof. Dr. Mohamad Akram Bin Laldin
6. YBrs. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin
7. YBhg. Prof. Datin Dr. Raihanah Binti Haji Abdullah
8. YBrs. Dr. Nur Adlyka Binti Ainul Annuar
 
Setiap penerima anugerah tersebut membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20,000.00, sijil dan plak.
 
Maulidur Rasul Kebangsaan 2017 1
 
Maulidur Rasul Kebangsaan 2017 2
 
Maulidur Rasul Kebangsaan 2017 3
 
Maulidur Rasul Kebangsaan 2017 4