Karnival i-Media Baharu Kedah 2017 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2017 bertempat Dataran Guar Chempedak Yan Kedah.
Karnival i-Media Baharu Kedah 2017 bertemakan “Tabayyun Dahulu: Klik Dengan Bijak” telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Jerai. Jakim melalui Bahagian Dakwah sebagai penganjur program ini meneruskan peranan Jakim dalam memperkasakan agenda dakwah ke arah pembentukan khaira ummah melalui usaha menjalinkan penyelarasan dan rangkaian dakwah bersama agensi-agensi lain.
Melalui program santai ini, ia dapat mendekati masyarakat melalui konsep turun padang, mendedahkan kepada masyarakat trend penggunaan media baharu implikasi dan bahayanya kepada masyarakat. Karnival yang dijalankan selama 3 hari 2 malam mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat Guar Chempedak dan daerah Yan amnya. Bermula program Simposium Dakwah Media Baharu, Forum Perdana Ehwal Islam, Program Komuniti, Nahmu Ma’akum, Gotong-royong Kampung, Ceramah Motivasi, Pertandingan Futsal, Gema Selawat/Malam Kesenian Islam, Himpunan Belia Islam Kedah 2017, Pertandingan Memasak serta pameran dari agensi-agensi kerajaan dan Kelab Motosikal berkuasa tinggi.
Karnival ini juga menampilkan tetamu tetamu yang hebat dalam mengisi program program yang dirancang seperti SS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Ustaz Kazim Elias, Prof. Madya Dr Sharifah Haayati, PU Akram, Kumpulan Nasyid In-Team dan ramai lagi.













