3 MAC 2016 (KHAMIS) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Seminar Kelestarian Keluarga : Cabaran Pascaperkahwinan Abad Ke-21. Program ini diadakan sempena Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015.
Penceramah yang diundang kali ini terdiri dari :
Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Pakar Motivasi Kekeluargaan Islam
Tajuk : Keluarga Sakinah : Cabaran dan Masa Depan
Dr. Sofiah Samsudin, Pensyarah dari Jabatan Quran & Sunnah UIAM Gombak dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam
Tajuk : Konflik Rumahtangga : Pendekatan Islam Sebagai Satu Model
Puan Suzana binti Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie dan Penggubal Modul Pascaperkahwinan Islam
Tajuk : Sharing Moment : Romantika 3 Hari 2 Malam
Moderator : Ust. Mohd Izwan bin Mohd Yusof
Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam dan Majlis Penghargaan kepada Ahli-ahli Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) tahun 2013-2015 disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim diiringi oleh Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Teknikal & Penggubal Modul telah diberikan penghargaan atas komitmen dan kerjasama sepanjang pembangunan Modul ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah dan Wakil-wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk menerima Modul ini dan dijadikan panduan dan rujukan bagi Program-program pascaperkahwinan di negeri masing-masing.
Dengan adanya Modul Pascaperkahwinan Islam ini, diharapkan :
- Menjadi panduan dan rujukan Kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Agensi Kerajaan dalam pelaksanaan program-program kekeluargaan;
- Pelaksanaan Kursus-kursus Pascaperkahwinan Islam yang diadakan peringkat negeri akan menjadi lebih terancang dan sistematik;
- Isi kandungan dan input yang disampaikan akan menjadi selaras dan berkesan;
- Memudahkan proses penilaian dan pengukuran dari segi keberkesanan Kursus.
SESI FORUM
SEMINAR KELESTARIAN KELUARGA : CABARAN PASCAPERKAHWINAN ABAD KE-21
MAJLIS PELANCARAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
OLEH YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
MAJLIS PENYERAHAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM KEPADA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI
MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI) BAGI TAHUN 2013 - 2015
SESI BERGAMBAR
BERSAMA WAKIL JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI, AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL & PENGGUBAL MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM DAN AHLI PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI)
MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM
TERBITAN JAKIM