Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Memperingati AIDS 2017. Program turut mendapat sokongan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Majlis AIDS Malaysia, Pertubuhan Positive Worriors Malaysia dan Perwakilan Kolej Kediaman 2 UMP yang berlangsung dalam suasana meriah pada hari sabtu bersamaan 20 Mei 2017. Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ini yang membawa tema : โ€œPerpaduan Ke Arah Sifar HIVโ€.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang iaitu Datoโ€™ Norol Azali Sulaiman, bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang. Program disertai lebih 500 orang pelajar UMP termasuk beberapa peserta dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan peserta dari sekolah sekitar Kuantan yang telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung. Dalam ucapannya, Datoโ€™ Norol Azali menyeru agar semua pihak berganding bahu dan berfikiran positif dalam menangani masalah penyakit AIDS ini. Ujarnya, kerajaan amat prihatin dengan menangani masalah ini.

 

โ€œBukan sekadar menyelesaikan masalah pengidap penyakit, malah turut menangani masalah untuk mengelakkan daripada penyakit AIDS ini dari terus merebak kepada masyarakat tanpa mengira bangsa. Justeru, janganlah kita mengabaikan hubungan kasih sayang bersama keluarga sehingga menyebabkan kita menyesal di kemudian hariโ€ katanya.

 

Tambahannya lagi, satu senjata paling ampuh dari segi sosiologi berpunca daripada konflik jiwa dan kasih sayang. Beliau turut berpesan kepada masyarakat agar sentiasa memastikan hubungan kekeluargaan mengikut landasan yang benar.

 

Program pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran YM Tengku Datoโ€™ Sri Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.

 

            Objektif penganjuran sambutan kali ini  adalah seperti berikut :

 

  • Meningkatkan kesedaran mengenai persekitaran HIV/AIDS, mengenai bahaya penyakit HIV/AIDS dan kesannya kepada umat Islam serta generasi yang akan datang agar masyarakat lebih berwaspada  ; dan
  • Untuk memupuk rasa kasih dan belas di kalangan masyarakat agar berganding bahu dan bekerjasama dalam membantu dari aspek penyediaan akses kesihatan yang berkualiti dan khidmat sosial
  • Sebagai platform tanda sokongan dalam usaha menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap komuniti yang terlibat dengan HIV/AIDS.
  • Meningkatkan penglibatan dan sokongan dari para pemimpin masyarakat, masyarakat awam dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa dalam aktiviti memerangi isu HIV/AIDS.
Pelbagaaktivitmenarik yandiaturkasepanjanprogram inantaranya seperti prograโ€Walk 10,000StetEnd HIV oleh pelajar UMPceramah mengenai HIVGetting tZero yang disampaikan oleDrSharifah Mahani Syed Mahar Affandy dari Jabatan KesihataNegerPahandapersembahan daripadartis terkenal iaitNajwLatif. Turuberlangsungforum bertajuk `JangaCuba­ cubaโ€™ yang membariskan ahli panel iaitu Ustaz Arrahman Awang dari Yayasan Ihtimam Malaysia, Saudara Muhammad Rafi bin Jaafar dari Pertubuhan Amal Firdausi dan Forum dipengerusikan oleh Ustaz Nasharuddin bin Ngah dari Jabatan Agama Islam Pahang.
 
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan TeateHIV yang bertajuk โ€œ Iโ€™MP+โ€ yang dipersembahkan oleh Pertubuhan Amal Firdausi. Program berakhir dengan Majlis BacaaYasin danTahlil beramai­-ramai di Masjid UMP Kampus Gambang. Selain daripada itu, 6 booth pameran dibuka berkaitan HIV/AIDS dari Jabatan Kesihtan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Pertubuhan Positive Warriors Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, DIC dan JAKIM

 

 
IAMD 1

 

IAMD 2

Ucapan Perasmian oleh Datoโ€™ Norol Azali Sulaiman Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang  

 

IAMD 3

Datoโ€™ NoroAzali Sulaiman  bersama YM Tengku Datoโ€™ Sri Kamarulzaman ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar

melawat booth-booth pameran dari Jabatan dan NGO.

 

IAMD Najwa

Persembahan Khas oleh Selebriti Sokongan Reben Merah, Najwa Latif

 

IAMD Forum

Moderator dan Panel Forum : โ€œJangan Cuba-Cubaโ€

 

mendengar forum

Peserta sedang mendengar Forum yang disampaikan

 

IAMD Teater

Teater Iโ€™M P+ yang dipersembahkan oleh Pertubuhan Amal Firdaus

 

Walk 1000

โ€Walk 10,000 StetEnd HIV oleh pelajar UMP

 

IAMD Tahlil

Sesi Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Sambutan Hari Memperingati AIDS 2017