Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Setiawan, Perak, 11/10/2021 Isnin. Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Manjung serta beberapa NGO seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia Ipoh (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Manjung (PERKIM), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Perak (SALIMAH) melalui Program Ziarah Mahabbah dan Jalinan Kasih telah berkongsi màklumàt tentang perbezaan Islam dan budaya secara bersemuka bersama masyarakat bukan Islam di Kampung Koh Setiawan, Perak Darul Ridzuan.

Yang Berusaha Tuan Haji Ruslan bin Said Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM telah menyampaikan bakul makanan kpd 30 ketua rumah Cina Muslim dan 5 ketua rumah bukan Islam secara pandu lalu di Balai Islam PERKIM Kampung Koh, Manjung Perak.

Kemudian program diteruskan dengan menziarahi rumah ke rumah oleh rakan NGO sambil menyerahkan bakul makanan.

Disamping itu, melalui program ini diharapkan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bersama masyarakat sekitar Kampung Koh yang majoritinya belum Islam dan pada masa yang sama agar mesej Keluarga Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri itu dapat disampaikan juga.

Pihak JAKIM juga berhasrat agar program ini daapt menyantuni golongan B40 dari kalangan pelbagai bangsa, agama khususnya bangsa Cina dan India di Kampung Koh Daerah Manjung terutamanya ketika rakyat sedang menderita kesusahan akibat wabak pandemik Covid 19.

Selain dari pihak JAKIM, Yayasan Taqwa turut bekerjasama dalam program ini melalui wakil mereka, Puan Raudhah binti Kursus@ Othman, Tuan Haji Khairul Nizam bin Mat Nor Pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah juga turut hadir bersama bagi menjayakan program Ziarah Mahabbah dan Jalinan Kasih ini.

Semoga Program Ziarah Mahabbah dan Jalinan Kasih kali ini dapat mewujudkan suatu jaringan, hubungan yang utuh, kuat serta harmoni terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program Ziarah Mahabbah Di Setiawan 1

Program Ziarah Mahabbah Di Setiawan 2