Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS telah bersidang secara maya pada 14 Oktober 2021 (Khamis) melibatkan negara anggota dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Pertemuan ini julung kali diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, termasuk negara anggota MABIMS. Mesyuarat ini juga diurusetiakan oleh Sekretariat MABIMS Negara Brunei selaku negara penghubung tetap.

Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan SOM-MABIMS. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM bersama tiga orang ahli iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Pengarah Bahagian Keurusetian dan Hubungan Luar (BKHL) merangkap Ketua Sekretariat MABIMS Malaysia dan Ketua Penolong Pengarah BKHL. Turut serta dalam delegasi Malaysia ialah ketua-ketua penyelaras Bidang Kerjasama Rancangan Strategik MABIMS 2021-2025 iaitu Ketua Pengarah JAWHAR, Pengarah Kanan Penyelidikan, JAKIM dan Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.

Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam setengah ini telah mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara berkaitan hala tuju serta pengukuhan kerjasama dan hubungan persaudaraan dalam kalangan negara anggota. Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) dijangka berlangsung pada bulan Disember 2021 akan datang.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS Tahun 2021 Secara Maya 1

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS Tahun 2021 Secara Maya 2