Kurator Berita : Bahagian Dakwah
22 Oktober 2021, Jumaat, Kuching – Pada hari ini, jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Mock Cheque Peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Imam, Bilal, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Sarawak bagi tahun 2021 yang telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Utiliti) yang mewakili Kerajaan Negeri Sarawak. Program ini telah berlangsung di Majlis Islam Sarawak (MIS).

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, TKP(O) JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM. Peruntukan berjumlah RM47,804,271.20.

Penyerahan Mock Cheque Kepada Imam Bilal Marbut Guru Takmir Dan Guru KAFA Negeri Sarawak 1

Penyerahan Mock Cheque Kepada Imam Bilal Marbut Guru Takmir Dan Guru KAFA Negeri Sarawak 2

Penyerahan Mock Cheque Kepada Imam Bilal Marbut Guru Takmir Dan Guru KAFA Negeri Sarawak 3

Penyerahan Mock Cheque Kepada Imam Bilal Marbut Guru Takmir Dan Guru KAFA Negeri Sarawak 4