Kurator Berita : Bahagian Dakwah
23 Oktober 2021 Sabtu, Kuching Sarawak:- Program Sharing Is Caring (SIC) Dakwah Bantuan Bakul Makanan ke Sarawak. Program ini adalah inisiatif JAKIM dalam membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat pendemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan di seluruh negara.

Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Musa'adah COVID-19 JAKIM-YWM bagi Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada YB Menteri Muda Negeri Sarawak di IKMAS. Pada Majlis ini YB Senator Menteri telah menyerahkan cek cura bernilai RM 20,000.00.

Turut hadir dalam program ini YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM. Seramai 5 orang penerima dari kalangan OKU, B40, ibu tunggal dan mereka yang terjejas sumber pendapatan hadir bagi acara simbolik penyampaian bakul makanan. Sumbangan ini akan diagihkan kepada 200 orang penerima.

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 1

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 2

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 3

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 4

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 5

Program Musaadah JAKIM YWM SIC Negeri Sarawak 6