Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2021 : – Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM yang diketuai Ustazah Noor Haliza Mohd Ali Ketua Penolong Pengarah bersama Ustaz Kamarul Nizal Idris telah meluangkan masa menziarahi 5 keluarga pemohon Musaadah MyCareCov19 JAKIM di sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan ringkas ini adalah untuk menyerahkan sumbangan Musaadah MyCareCov19 melalui dana Tabung Musa’adah Covid-19 (TMC-19) berbentuk kewangan dan bahan bacaan terbitan JAKIM kepada keluarga yang terjejas akibat pandermik Covid-19. Semoga sumbangan dan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan kehidupan harian mereka.

Inisiatif Program Musa’adah menerusi talian MyCareCov19 Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM ini merangkumi bantuan khidmat nasihat, runding cara kekeluargaan, bimbingan dan kaunseling kerohanian merupakan inisiatif berterusan JAKIM dalam usaha membantu warga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui pelbagai medium, kaedah dan cara.

Musaadah MyCareCov19 JAKIM Santuni Asnaf Keluarga Malaysia 1

Musaadah MyCareCov19 JAKIM Santuni Asnaf Keluarga Malaysia 2

Musaadah MyCareCov19 JAKIM Santuni Asnaf Keluarga Malaysia 3

Musaadah MyCareCov19 JAKIM Santuni Asnaf Keluarga Malaysia 4

Musaadah MyCareCov19 JAKIM Santuni Asnaf Keluarga Malaysia 5