Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 27 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Wacana Tadabbur al-Qur’an Dalam Perkhidmatan Awam (Secara Dalam Talian) pada hari Rabu bertarikh 27 Oktober 2021 bersamaan 20 Rabiulawal 1443H, jam 9.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari melalui platform Google Meet. Wacana ini telah mencapai kehadiran seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN.

Wacana yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) TKP(O) Jakim ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat memahami al-Quran dan bahasa Arab, mencetuskan kesedaran akan kepentingan menguasai kaedah menghayati mesej al-Quran secara tepat untuk tujuan ibadah dan mengenali metodologi tadabbur al-Quran yang sahih.

YBrs. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Pegawai Khas Kepada Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai penceramah program membincangkan perbezaan tadabbur dan tafsir al-Quran, metodologi tadabbur al-Quran yang sahih, peranan dan kepentingan tadabbur al-Quran dalam perkhidmatan awam dan masa depan tadabbur al-Quran dalam perkhidmatan awam menerusi ilmu tafsir al-Quran.

Semoga wacana ini berjaya memberi pendedahan ilmu, serta meningkatkan kompetensi pegawai dalam ilmu-ilmu al-Quran.

Wacana Tadabbur al Quran dalam Perkhidmatan Awam 11

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/901-wacana-tadabbur-al-qur-an-dalam-perkhidmatan-awam