Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA: 2 November 2021M/26 Rabi’ulawal 1443H:- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Multaqa Kaunselor Syarie dan Perunding Cara Keluarga Peringkat Kebangsaan secara dalam talian.

Penganjuran multaqa ini bertepatan dengan Inisiatif MANTAP yang diperkenalkan oleh YB. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah PIAGAM C-19 melalui Inisiatif Ke-tiga (3) iaitu Pemantapan Institusi Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Islam dan juga ”Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera”. Ini jelas menunjukkan komitmen JAKIM dalam usaha memantapkan institusi kekeluargaan ke arah mensejahterakan masyarakat sekaligus sesuai dengan tema “Menyantuni Keluarga Malaysia Mendepani Pandemik Covid-19”.

Seramai 249 orang peserta dalam kalangan Kaunselor Syarie, Perunding Cara Keluarga daripada seluruh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Fasilitator KSKCC telah menghadiri multaqa ini.

Multaqa yang bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “Peranan Kaunselor Syarie dan Perunding Cara sangat penting bagi membantu masyarakat di luar sana yang sedang berhadapan dengan konflik dan tekanan hidup akibat pandemik Covid-19. Justeru para Kaunselor Syarie dan Perundingcara perlu meningkatkan tahap profesional dan kompetensi dengan mengikuti latihan-latihan secara berterusan”.

Majlis perasmian multaqa ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Sebanyak dua (2) sesi pembentangan telah berlangsung iaitu sesi pertama (1) bertajuk ‘Memperkasa Perkhidmatan Kaunselor Syarie dan Runding Cara Dalam Mensejahterakan Keluarga Malaysia’ disampaikan oleh Dr. Mohd Noor Bin saper, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Kaunselor dan Fasilitator KSKCC.

Manakala sesi kedua (2) bertajuk ‘Pendekatan Psikospiritual Islam Dalam Pengurusan Kesihatan Mental Keluarga Malaysia’ telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Che Zarrina Binti Saári, Penyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merangkap Fasilitator KSKCC.

Multaqa diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti untuk diambil tindakan selanjutnya.

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 1

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 2

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 3

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 4

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 5

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 6

Multaqa Kaunselor Syarie Dan Perunding Cara Keluarga Kebangsaan 2021 7