25 Januari 2022, Selasa – Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke – 120 bertempat di Hotel Pulse Grande Putrajaya.
Mesyuarat yang menghimpunkan mufti-mufti seluruh Malaysia serta para cendekiawan dari pelbagai disiplin ilmu ini antara lainnya membincangkan perbahasan serta penentuan hukum terhadap isu-isu berbangkit. Kepentingan institusi fatwa di Malaysia juga perlu diangkat dan diiktiraf kedudukannya sebagai sebuah institusi yang dihormati dalam menjaga kepentingan agama Islam di Malaysia.













