Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
“Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Kerjasama bersama ini adalah taawun ke arah kebaikan dan perkara kebajikan. Usaha itu sangat penting, paling kurang ilmu pengetahuan kerana tuan-tuan adalah orang yang paling hampir dengan klien”

YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar


ILIM Kampus Bangi: SELANGOR: 7 - 8 Mac 2023: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama rakan strategik dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Asian Centre for Research On Drug Abuse (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Malaysian Association of Drug Addiction Counselors (MADAC) telah menganjurkan Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Islam 2023.

Perasmian simposium ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir mengiringi YB Menteri adalah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan YBhg. Profesor Dato’ Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.

Objektif penganjuran simposium ini adalah untuk memperkasa kaedah rawatan dan pemulihan berasaskan Islam yang sedang diamalkan di pusat-pusat khidmat nasihat dan rawatan penyalahgunaan dadah di seluruh Malaysia. Ini merupakan inisiatif dan komitmen JAKIM yang berterusan bersama dengan rakan-rakan strategik dalam usaha untuk membantu dan memberikan perkhidmatan bimbingan dan pemulihan kepada penyalahgunaan dadah melalui amalan terbaik perawatan dan pemulihan berteraskan Islamic Spiritual Approach.

Integrasi naqli dan aqli amat diperlukan dalam usaha membimbing, merawat dan memulihkan penyalahguna, pesakit dadah kerana ia dilihat dapat membantu transformasi diri dalam memahami tujuan kehidupan di dunia, peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT.

Seramai kira-kira 130 orang peserta yang terdiri dari pengusaha / pengendali rumah pemulihan dadah persendirian, penyelidik dan pensyarah IPTA dan pegawai Majlis Agama Islam Negeri telah hadir mengikuti simposium yang berlangsung selama 2 hari ini. Simposium ini mengetengahkan sebanyak enam (6) pembentangan dan dua (2) sesi forum oleh pembentang dari JAKIM, ACREDA USIM, MADAC, MAIS, AADK dan PPDP.

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 1

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 2

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 3

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 4

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 5

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 6

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 7

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 8

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 9

Simposium Amalan Terbaik Perawatan PPDP Islam 2023 10