Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
15-16 Mac 2023 - Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM telah melaksanakan latihan kepada penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) dalam Bahasa Inggeris. Training of Trainer (TOT) ini telah dilaksanakan selama dua hari bermula 15 – 16 Mac 2023 di Kompleks Islam Putrajaya.

Peserta program ini terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pelbagai bidang berdasarkan kandungan modul sedia ada, iaitu pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, pegawai agama, pegawai psikologi dan doktor/ pengamal perubatan berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus Praperkahwinan Islam dilaksanakan seluruh Malaysia berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) kepada pasangan warganegara Malaysia yang ingin mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat keperluan untuk melaksanakan kursus ini dalam Bahasa Inggeris bagi menyantuni sasaran yang pelbagai dan lebih luas.

Terjemahan kandungan modul Kursus Praperkahwinan Islam ke Bahasa Inggeris telah diketuai oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan bermula tahun 2020 sehingga 2021. Penggunaan istilah dan terminology arab diteliti sebaiknya bagi memastikan penyampaian kandungan Kursus Praperkahwinan Islam yang terkait rapat dengan Tasawwur Islam dan Fiqh Munakahat disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan sebaiknya.

YBrs. Puan Nor Hanim binti Abdul Halim, KPPK Cawangan Pembangunan Keluarga, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah hadir merasmikan penutupan program selain daripada menyempurnakan penyerahan sijil kepada peserta.

Latihan Modul Kursus Praperkahwinan Dalam BI 1

Latihan Modul Kursus Praperkahwinan Dalam BI 2

Latihan Modul Kursus Praperkahwinan Dalam BI 3

Latihan Modul Kursus Praperkahwinan Dalam BI 6