Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Tadika, Sekolah Agama, Tahfiz, Pondok dan (KAFA) Siri 1/2023 dalam (SIMPENI) telah diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2023 bertempat di Hotel TH, Kelana Jaya, Selangor. Bengkel anjuran Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM merupakan bengkel yang pertama untuk tahun 2023 dalam penyelarasan data rasmi Institusi Pendidikan Islam di Malaysia ini telah dirasmikan oleh Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Pegawai Pengurusan data Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri dan Penyelia KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk pengemaskinian data rasmi Pendidikan Islam serta penyelarasan pengurusan isu dan masalah dalam penyediaan data dan maklumat Pendidikan Islam samada melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) atau medium yang lain.

Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Kamaruzzaman bin Husni dan dibantu oleh Puan Nurul Ain Amaliena binti Shaharuddin dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM. Manakala fasilitator yang bertanggungjawab berkaitan teknikal sistem SIMPENI ialah Encik Mohd Ridzuwan bin Wari dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan lagi proses pengurusan dan penyediaan data sebagai rujukan rasmi bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia.

Bengkel Pengemaskinian Siri 1 2023 SIMPENI 1

Bengkel Pengemaskinian Siri 1 2023 SIMPENI 2

Bengkel Pengemaskinian Siri 1 2023 SIMPENI 3

Bengkel Pengemaskinian Siri 1 2023 SIMPENI 4

Bengkel Pengemaskinian Siri 1 2023 SIMPENI 5