Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Seramai 80 peserta yang mewakili setiap agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri berkampung di ILIM, Bangi sempena program Permukiman Agensi Hal Ehwal Agama.

Program selama dua hari bermula hari ini, 28 sehingga 29 Mac 2023 diketuai oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan dibantu oleh Dr. Abdul Razak Idris, Setiausaha Politik Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu bagi merangka program Pelan Transformasi al-Falah bagi menjayakan Malaysia MADANI.

Lima teras strategik dan setiap satunya ditetapkan dua fokus utama bagi setiap teras itu dijadikan sebagai satu pemboleh daya kepada kejayaan Malaysia MADANI peringkat agensi agama persekutuan.

Perancangan program yang strategik, berimpak tinggi serta memberi manfaat langsung kepada rakyat telah dirangka selari dengan prinsip utama Malaysia MADANI.

YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dijadual hadir mendengar sesi pembentangan permukiman pada esok, Rabu 29 Mac 2023.

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 8

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 1

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 3

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 4

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 5

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 6

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 7

14 Agensi Agama Rancang Hala Tuju 2023 2027 9