Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 :  Unit Bimbingan Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menganjurkan Program RnR (Remaja dan Ramadan) bagi kanak-kanak delinkuen yang bertempat di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir YBrs. Tuan Mohamad Firzami bin Idris, Pengetua Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi. Seramai 65 orang kanak-kanak dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Asrama Akhlak Sentosa dan Asrama Akhlak Bahagia telah mengikuti program yang diadakan.

Penganjuran RnR ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing  komuniti juvana  agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Slot Interaktif yang dikendalikan oleh fasilitator Al Falah Team dari Bahagian KSK, JAKIM, Slot Ceramah bertajuk “Ramadan-Syukuri Tanpa Tapi” oleh YBrs. Dr Mohd Izwan bin Md Yusof, Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Solat Witir. Di akhir program, peserta diraikan dengan moreh daripada Nestle Products Sdn Bhd dan KFC dari QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd.

Semoga program ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta sebagai panduan hidup di masa hadapan demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

LAPORAN PROGRAM RNR 1
LAPORAN PROGRAM RNR 2
LAPORAN PROGRAM RNR 3
LAPORAN PROGRAM RNR 4