Kurator Berita : Darul Quran
7 Mac 2023 - Pusat Islam Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Rohani PERKEMAT Darul Quran telah menganjurkan ceramah "Ramadan: Bulan Perubahan dan Perjuangan" bagi menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama' Al Juwaini, al-Fadil Ustaz Ahmad Syamil bin Md Esa dan telah dihadiri oleh para pelajar Darul Quran.

Penceramah telah berkongsi berkenaan kemuliaan dan fadilat al-Quran yang mana merupakan rahmat terbesar daripada Allah SWT buat sekalian alam. Firman Allah Taala :

Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† ο΄ΏΩ‘ο΄Ύ ΨΉΩ„Ω… Ψ§Ω„Ω‚Ψ±Ψ‘Ψ§Ω† ο΄ΏΩ’ο΄Ύ

Maksudnya:

"(Allah) Yang Maha Pengasih (1). 

Yang telah mengajarkan al-Quran (2)."

Selain itu, penceramah juga menekankan tentang pentingnya penyucian jiwa serta hasil yang dapat kita perolehi sepanjang menjalani tarbiah Ramadan bagi mencapai "Ω‚Ω„Ψ¨ Ψ³Ω„ΩŠΩ…" dan "نفس Ω…Ψ·Ω…Ψ¦Ω†Ψ©".

Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah ruhiyyah buat kita semua dalam memperbaiki serta menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 1 1

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 2

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 3

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 4

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 5

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 6

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 7

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 8

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 9