15 MAC 2023 - Kelantan, seramai 29 orang guru data daerah Machang telah menghadiri Bengkel Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) bertempat di pusat kegiatan guru. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Daerah Machang, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan
Bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan guru data memahami kaedah pengemaskinian data dan memastikan data pelajar di dalam SIMPENI adalah data yang terkini.
Diharapakan bengkel yang dijalankan ini dapat menghasilkan data Pendidikan Islam yang berautoriti untuk rujukan pelbagai pihak.


