20 FEBRUARI 2023, ISNIN
Kuala Lumpur-Satu kunjung hormat telah diadakan daripada pengurusan tertinggi JAKIM yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan Bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Pos Malaysia Berhad.
Dalam kunjung hormat pada kali ini, pengurusan tertinggi JAKIM telah menyatakan hasrat untuk merapatkan lagi hubungan yang antara ahli-ahli Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM (SDK) termasuk daripada pihak Pos Malaysia Berhad sendiri.
Semoga dengan kunjung hormat yang berlangsung pada hari ini, dapat merapatkan lagi hubungan yang erat serta persefahaman yang sangat baik antara pihak JAKIM dan juga pihak Pos Malaysia Berhad dalam bersama-sama merealisasikan program pada masa akan datang.





