Kurator Berita : Bahagian Dakwah
15 Mac 2023 (Rabu) I Auditorium JAKIM

JAKIM telah mengambil inisiatif untuk menjayakan Projek Infak “Back To School” bagi membantu mereka yang terjejas dan berada di dalam kesempitan hidup selari dengan konsep ‘Membangun Malaysia Madani’. Usaha murni ini mendapat sambutan dan dokongan daripada sahabat-sahabat daripada syarikat-syarikat korporat yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

YaPEIM dan SDK JAKIM telah memberikan komitmen untuk menyumbangkan dana secara khusus sebanyak RM295,200.00. Antara penyumbang adalah seperti YAPEIM yang telah menyumbang sebanyak RM 147,600.00, SDK Jakim daripada ETIQA TAKAFUL sebanyak RM60,000.00, SDK Jakim daripada Petronas sebanyak RM 50,000.00, SDK Jakim daripada Bank Islam sebanyak RM 10,000.00, SDK Jakim daripada Bank Muamalat sebanyak RM 10,000.00, SDK Jakim daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM10,000.00, dan daripada Tabung SDK Jakim sebanyak RM7,600.00.

Seramai 1476 orang pelajar asnaf B40 menerima kupon bernilai RM200.00 bagi membeli barang kelengkapan persekolahan.

Semoga semua program-program serta aktiviti yang lebih kemas dan tersusun dapat dijayakan masa akan datang.

Projek Infak Back To School Untuk Masyarakat Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan Sempena Sesi Baharu Persekolahan 20232024 1

Projek Infak Back To School Untuk Masyarakat Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan Sempena Sesi Baharu Persekolahan 20232024 2

Projek Infak Back To School Untuk Masyarakat Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan Sempena Sesi Baharu Persekolahan 20232024 3