Kurator Berita : Bahagian Dakwah
12 Mei 2023 (Jumaat) | Kota Bharu, Kelantan

Hari ini, program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam program ini turut diadakan penyampaian anugerah tokoh mithali Negeri Kelantan, iaitu anugerah tokoh imam mithali, anugerah tokoh guru takmir mithali dan anugerah tokoh guru KAFA mithali.

Seramai 1,000 orang peserta terdiri daripada Imam, Guru Takmir, Guru KAFA, Guru Institusi Pondok dan Tahfiz, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), Pegawai-pegawai Masjid, Penyelia KAFA dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) hadir dalam program yang julung kali diadakan ini.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkenan untuk meraikan para ulama’ dan umara’ Negeri Kelantan dalam program ini. Program ini juga, turut dihadiri dan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Melalui perjumpaan ini diharapkan semua pihak dapat menterjemahkan usaha-usaha dan kecaknaan kerajaan dalam membentuk modal insan melalui pendidikan dan kepentingan institusi masjid.

PROGRAM JELAJAH MADANI ULAMA DAN UMARA KELANTAN 2023 1 min

PROGRAM JELAJAH MADANI ULAMA DAN UMARA KELANTAN 2023 2 min

PROGRAM JELAJAH MADANI ULAMA DAN UMARA KELANTAN 2023 3 min

PROGRAM JELAJAH MADANI ULAMA DAN UMARA KELANTAN 2023 4 min