Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA, 15 MEI 2023 – Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali Ke-58 telah bersidang pada 15 Mei 2023, bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM, Bangi, Selangor.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi JPPIK MKI dengan dihadiri oleh ahli-ahli JPPIK yang dilantik oleh MKI dengan perkenan Majlis Raja-Raja dan dan ahli-ahli dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja Pemerintah Negeri itu. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Yayasan Islam Negeri-Negeri. Persidangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha JPPIK.

Penganjuran persidangan kali ini bertujuan untuk memperkasakan Institusi Pendidikan Islam dalam pelaksanaan dan pengoperasian serta tata kelola yang melibatkan Institusi Pendidikan Islam (IPI) termasuklah pendidikan swasta seperti institusi tahfiz/ pondok dan sekolah-sekolah agama persendirian dan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Disediakan oleh

Sekretariat
Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK)
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
15 Mei 2023
Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 2 min

Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 1 min

Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 3 min

Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 4 min

Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 5 min
Persidangan JPPIK MKI Fokus Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam 6 min