Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KOTA BHARU, 18-20 MEI 2023 – Tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) atas kejayaan penganjuran julung-julung kalinya Kursus Pascaperkahwinan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pasukan RAMD 16 & Rej 506 (AW).

Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 20 pasangan suami isteri telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 18 hingga 20 Mei 2023 bertempat di Hotel Ibis Style, Kota Bharu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Lela Perkasa Dato' Hj Che Mohd Rahim Bin Hj Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Hj Mohd Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan Lt Kol Mohd Azmi Bin Mohd Nor mewakili Brigedier Jeneral Azudin Bin Hassan, Panglima 8 Briged. Turut hadir, Ust Mohd Suhaimi Bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JAHEAIK.

Dalam Majlis Perasmian, pihak JAKIM telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihak JAHEAIK sebagai tanda penghargaan atas kejayaan penganjuran Kursus Pascaperkahwinan Islam Berdasarkan Modul JAKIM ini.

Modul ini dibangunkan oleh JAKIM bersama dengan rakan strategik bertujuan untuk membantu menyemarakkan hubungan suami isteri selain dari memberi ilmu tambahan berkaitan kekeluargaan.

Tahniah kepada semua pasangan suami isteri yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Moga terus bahagia dan sentiasa di bawah lindungan Allah selamanya.

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 1 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 3 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 3 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 4 min

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2023 5

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 6 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 7 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 8 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 9 min

Kursus PascaPerkahwinan Islam Peringkat Negeri Keantan Tahun 2023 10 min