Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BANGI, 26-28 MEI 2023 – JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah mengadakan Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat dan Yayasan Ihtimam Malaysia di Insititut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Bengkel tiga hari ini merangkumi Slot Teori Penghasilan Video dan Slot Penggambaran Video yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Azmadi bin Talib, Pensyarah Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat kepada 20 orang peserta dalam kalangan kakitangan Cawangan Sosial dan Komuniti, JAKIM, Sukarelawan Sosial Islam dan para pelajar IKBN Kuala Langat.

Pengalaman membina skrip dan storyboard, meninjau kawasan penggambaran di tengah ibu kota, melakonkan adegan dan babak-babak menangani gejala sosial merupakan pengalaman yang amat bernilai dan bermakna buat para peserta.

Diharapkan video-video yang akan disiarkan nanti mampu menyentuh hati setiap penonton dan mendatangkan kesedaran pada semua untuk bersama-sama menangani gejala sosial di Malaysia ini.

Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial 1

Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial 2

Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial 3

Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial 4

Bengkel Penghasilan Video Menangani Gejala Sosial 5