๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ฎ) | ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM kali ke 21 Tahun 2023 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Mesyuarat kali ini dihadiri 27 Syarikat Korporat Malaysia yang menganggotai SDK JAKIM bagi membincangkan Program yang dirancang bagi tahun 2024 dan mengemaskini ๐๐๐๐ ๐๐ ๐
๐๐๐ข๐๐๐ก๐๐๐ ( ๐๐๐
) SDK JAKIM.
Mesyuarat ini juga merupakan forum utama untuk menentukan hala tuju dakwah golongan korporat di Malaysia.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim disambut baik merupakan insiatif sinergi syarikat korporat bersama-sama dengan JAKIM bagi melestarikan program-program yang telah dirancang sejajar dengan misi penubuhan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.











