21 – 22 Ogos, Putrajaya – Bengkel User Acceptance Test (UAT) Sistem e-Jinayat Versi 4.0 (Modul Penguatkuasaan & Modul Pendakwaan) Siri 1/2023 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Simulasi Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 5, Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini melibatkan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Pendakwa Syarie serta Pentadbir Sistem e-Jinayat negeri-negeri di peringkat modul penguatkuasaan dan pendakwaan.
Bengkel UAT ini bertujuan untuk menguji tahap penerimaan pengguna ke atas peningkatan sistem e-jinayat bagi kedua-dua modul berdasarkan peningkatan yang telah dibincangkan dalam bengkel User Requirement Study (URS) yang lalu. Peningkatan melibatkan keperluan integrasi sistem e-Jinayat dengan e-Syariah dan juga penambahan bagi proses kerja waran tangkap dan kes rayuan.
Seramai 40 orang telah mengikuti bengkel tersebut. Sesi pengujian proses kerja sistem e-jinayat versi 4.0 tersebut telah dibimbing oleh Encik Shah Juhan bin Samuri.







