PUTRAJAYA, 21-22 September 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga. Sosial dan Komuniti melebarkan jaringan kerjasama pengurusan hal ehwal Islam antara negara-negara anggota MABIMS, khususnya dalam usaha memperkasakan institusi kekeluargaan Islam di peringkat serantau, dengan menganjurkan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 pada 21 hingga 22 September 2023 bertempat di Auditorium Ibnu Sina Masjid Putra, Putrajaya.
Persidangan yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Na'im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 21 September 2023. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM; YAA Dato' Hj Mohd Amran bin Hj Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM; Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP; Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Pengarah-Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM serta dif-dif kehormat.
Persidangan yang disertai lebih 300 orang peserta dari negara Malaysia dan negara-negara serantau ini menyaksikan 9 kertas pembentangan dari negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Republik Indonesia. Tajuk-tajuk pembentangan dan nama-nama pembentang adalah seperti berikut:
1) “Pendekatan Kaunseling Syarie dalam Menangani Isu-isu Kekeluargaan”
1) “Pendekatan Kaunseling Syarie dalam Menangani Isu-isu Kekeluargaan”
Oleh: YBrs. Tuan Haji Norazman bin Amat
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2) “Memperkasa Peranan Institusi Masjid Sebagai Faktor Pelindung Ke Arah Kesejahteraan Keluarga”
2) “Memperkasa Peranan Institusi Masjid Sebagai Faktor Pelindung Ke Arah Kesejahteraan Keluarga”
Oleh: YBrs. Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali
Imam Besar, Masjid Putra, Putrajaya
3) “Menjayakan Ketahanan Keluarga Pasca Pandemi (Perspektif Komunikasi Islam)”
Imam Besar, Masjid Putra, Putrajaya
3) “Menjayakan Ketahanan Keluarga Pasca Pandemi (Perspektif Komunikasi Islam)”
Oleh: Yang Terhormat Bapak Dr. H. Khoirul Huda Basyir Habibullah,
S.Ag. M.SiKetua Tim Kerjasama Luar Negeri
Kementerian Agama Republik Indonesia
4) “Pembentukan Jati Diri Remaja Islam Bagi Mendayaupaya Keluarga Dalam Menghadapi
Cabaran Semasa Di Negara Brunei Darussalam”
4) “Pembentukan Jati Diri Remaja Islam Bagi Mendayaupaya Keluarga Dalam Menghadapi
Cabaran Semasa Di Negara Brunei Darussalam”
Oleh: Yang Mulia Pengiran Dr. Hjh Norwidayawati binti Pengiran Haji Metusin
Penolong Profesor
Fakulti Syariah
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
5) “Mendayaupaya Keluarga dalam Menghadapi Cabaran LGBT”
5) “Mendayaupaya Keluarga dalam Menghadapi Cabaran LGBT”
Oleh: YBrs. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
6) “Pendekatan Psikospiritual Islam Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental Keluarga”
6) “Pendekatan Psikospiritual Islam Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental Keluarga”
Oleh: YBrs. Prof. Dr. Che Zarrina binti Saari
Timbalan Dekan (Penyelidikan)
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
7) “Layanan Bimbingan Perkawinan dan Keluarga di Indonesia”
7) “Layanan Bimbingan Perkawinan dan Keluarga di Indonesia”
Oleh: Yang Terhormat Bapak H. Zudi Rahmanto Ngadiran, S.Ag, M.Ag
Direktorat Jeneral Bimbingan Islam
Instruktur Nasional Bimbingan Perkawinan
Kementerian Agama Republik Indonesia
8) “Amalan Terbaik Inisiatif Negara Brunei Dalam Menyantuni Isu-Isu Kekeluargaan dan Sosial”
8) “Amalan Terbaik Inisiatif Negara Brunei Dalam Menyantuni Isu-Isu Kekeluargaan dan Sosial”
Oleh: Yang Mulia Awang Muhammad Hanif bin Haji Sha’ari
Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Syariah
Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam
9) “Amalan Terbaik Inisiatif Negara Malaysia Dalam Menyantuni Isu-isu Kekeluargaan dan Sosial”
9) “Amalan Terbaik Inisiatif Negara Malaysia Dalam Menyantuni Isu-isu Kekeluargaan dan Sosial”
Oleh: YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani
Pengarah
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
*Kertas Pembentangan boleh dimuat turun melalui pautan ini:
https://tinyurl.com/PembentanganPSKI2023
https://tinyurl.com/PembentanganPSKI2023
Turut diadakan sempena Persidangan ini ialah Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung dari Dewan Solat Utama Masjid Putra pada malam 21 September 2023 dengan topik menarik, “Anugerah Terindah”. Forum ini menampilkan 3 orang panel iaitu YBrs. Ustaz Roslan Muhammad, Pendakwah; YBrs. Ustaz Mohd Zarifi Mohamad Daud, Pegawai Khas kepada YB Menteri di JPM; dan YBrs. Ustazah Yuhaniz Mohd Yusop, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM. Selain itu, terdapat pameran dari agensi-agensi seperti LPPKN, JKSM, JAWI, Bahagian Penerbitan JAKIM, Klinik Undang-Undang UKM serta pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar An-Nur.
Disamping itu, sebelum Persidangan ini dimulakan, para delegasi negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia serta para pembentang dan moderator persidangan telah diraikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, dalam Majlis Apresiasi Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 yang diadakan di Dewan Jamuan Masjid Putra pada malam 20 Spetember 2023.
Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 melabuhkan tirai pada hari Jumaat 22 September 2023. Majlis Penutup dan pembentangan rumusan persidangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Antara isi kandungan rumusan persidangan ialah mempertingkatkan kerjasama antara negara anggota MABIMS dengan mengintegrasi kepakaran, latihan kemahiran, kajian dan penyelidikan, serta memperhebat advokasi berkaitan isu kekeluargaan dan sosial melalui media sosial.
Semoga persidangan ini menjadi platform rintis kepada perkongsian pengalaman dan pandangan antara negara-negara serantau dalam memperkasakan institusi keluarga Islam. Seterusnya, memperkukuhkan jaringan kerjasama negara-negara serantau dalam bidang kekeluargaan Islam, disamping meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap pendekatan Islam dalam menyantuni isu-isu kekeluargaan.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyampaikan Ucapan
Perasmian seterusnya menyerahkan cenderamata kepada Ketua Delegasi Brunei
Darussalam dan Ketua Delegasi Republik Indonesia.
Sekitar Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023
Pembentang dari Republik Indonesia;
Yang Terhormat Bapak Dr. H. Khoirul Huda Basyir Habibullah, S.Ag. M.Si,dan
Yang Terhormat Bapak H. Zudi Rahmanto Ngadiran, S.Ag, M.Ag
Pembentang dari Brunei Darussalam;
Yang Mulia Pengiran Dr. Hjh Norwidayawati binti Pengiran Haji Metusin, dan
Yang Mulia Awang Muhammad Hanif bin Haji Sha’ari
Pembentang dari Malaysia;
YBrs. Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali, YBrs. Tuan Haji Norazman bin Amat,
YBrs. Prof. Dr. Che Zarrina binti Saari, dan YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani
Majlis Apresiasi Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023
Majlis Penutup Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023
Pameran LPPKN, JKSM, JAWI, Bahagian Penerbitan JAKIM, Klinik Undang-Undang
UKM serta pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar An-Nur
Barisan urus setia yang penuh komited menjayakan Persidangan Serantau
Kekeluargaan Islam 2023