KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2024 – Bahagian Keluarga , Sosial dan Komuniti JAKIM melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran HIV/AIDS telah berkerjasama dengan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Pejabat Pentadbiran Zon 6, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menjayakan Bengkel Manual Islam dan HIV/AIDS Siri 1/2024. Program membabitkan seramai 40 orang Imam dan Bilal Masjid Zon 6 dan Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa.
Ucapan Aluan pembukaan Program disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Fadzli bin Yusof, Pengerusi Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Turut hadir bersama ialah YBrs. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Pentadbiran Zon 6, JAWI KL.
Seterusnya peserta mengikuti slot pertama yang bertajuk " HIV/AIDS dan STIGMA" yang disampaikan oleh Dr. Nurul Aini binti Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Peserta kemudiannya mengikuti pula slot kedua bertajuk " ANDA, DAKWAH DAN LGBT" yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan JAKIM.
Melalui penganjuran bengkel ini Bahagian KSK JAKIM berharap dapat membantu para peserta bengkel mengetahui dan memberi kesedaran bagi menangani isu tersebut yang kemungkinan berlaku di sekeliling. Semoga program ini juga dapat menyebar luas fungsi masjid dalam membantu masyarakat awam.








