๐ฒ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ(๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ) | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ
YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan urus setia Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM telah mengadakan Kunjungan Hormat Kepada YBrs. Tuan. Hj. Ahmad Fuad bin Mat Ali, Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertempat di Konti Radio IKIM FM.
Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Ahmad Fuad bin Mat Ali yang mewakili Ketua Pengarah IKIM. Turut hadir Ustazah Norhalina binti Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Mahathir Saharuddin, Pengurus Besar Radio IKIM dan Hjh Nor Hayati Paradi, Pengurus Rancangan Radio IKIM.
Segmen Bersama SDK JAKIM di Slot Pagi IKIM telah berjaya ke udara di Radio IKIM 91.5 FM yang mana panel jemputan kali ini adalah Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan Sinergi Ilmu bagi membincangkan topik berkenaan penubuhan SDK JAKIM dan Projek Digital Entrepreneurship Asnaf (DEA) SDK JAKIM.
JAKIM bersama IKIM telah berkongsi idea-idea kreatif dan inovatif, pemudah cara serta memberi sumbang saran kepada usaha pembangunan program dakwah khusus kepada golongan korporat di Malaysia, masyarakat Islam secara amnya dalam usaha memperkasakan pendekatan dakwah korporat pada masa kini yang sesuai untuk digerakkan secara bersama dengan SDK Jakim.



