Kurator Berita : Darul Quran
2 Februari 2024 - Bertemakan "Menyingkap Rahsia al-Quran Melalui Pembuktian Saintifik", Darul Quran telah menganjurkan Seminar Pemantapan Fiqh Solat bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Nor. Seminar yang diadakan secara hibrid ini melibatkan para pelajar Program Diploma dan Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM Semester Dua secara bersemuka dan turut boleh disertai oleh orang awam melalui live Facebook Darul Quran JAKIM. Seminar Pemantapan Fiqh Solat ini telah mengetengahkan penceramah dari Universiti Selangor, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid, Profesor Madya, Pusat Pengajian Asasi dan Umum
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi panduan kepada para peserta berkaitan hukum ketetapan solat melalui pembuktian saintifik. Di samping menambah baik pemahaman berkaitan isu-isu semasa solat berdasarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Sesi seminar dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali mewakili Pengarah Darul Quran. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa program seperti ini wajar dilaksanakan supaya dapat memberi pendedahan tentang hukum ketetapan solat dari sudut pandang berbeza iaitu melalui sains. Menarik perhatian seminar pada kali ini apabila penceramah turut mengadakan satu demonstrasi penetapan arah kiblat menerusi bayang-bayang.  

Sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana dalam menyumbangkan idea, tenaga dan masa dalam menjayakan Seminar Pemantapan Fiqh Solat pada kali ini.


DQ ANJUR SEMINAR PEMANTAPAN FIQH SOLAT 01

DQ ANJUR SEMINAR PEMANTAPAN FIQH SOLAT 02

DQ ANJUR SEMINAR PEMANTAPAN FIQH SOLAT 03

DQ ANJUR SEMINAR PEMANTAPAN FIQH SOLAT 04