Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
5 & 7 FEBRUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 2 kepada para sukarelawan untuk diaplikasikan secara tersusun ketika menyantuni komuniti sasaran di lapangan.

Seramai 101 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Kursus dua hari ini dibahagikan kepada dua slot.
  1. Terapi Psikospiritual Islam (Mengenali Manusia Dari Konteks Islam) oleh YBhg. Prof. Che Zarrina binti Sa'ari, Pensyarah Universiti Malaya
  2. Pengenalan Asas Ilaj Syarie oleh YBrs. Ustaz Halim bin Zakaria, Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) JAKIM.

Semoga para sukarelawan yang dilatih ini sedia dibentuk untuk menjadi individu yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran di lapangan.


Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 2 01

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 2 02

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 2 03

Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam kepada Sukarelawan Sosial Islam Siri 2 04