Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SEREMBAN , 19-21 FEBRUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) Modul Kebenaran Berkahwin dan Pradaftar Nikah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 2.0 pada 19 hingga 21 Februari 2024 di Klana Resort Seremban  Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bah. KSK dan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari semua negeri yang menggunakan SPPIM.  Turut bersama dalam bengkel ini adalah pihak Data Speaks Sdn Bhd selaku penyedia sistem ini.

Bengkel ini khusus diadakan bagi menguji fungsi modul yang dibangunkan menepati keperluan Jabatan Agama Islam Negeri.  Program ini.  Sebagai makluman, Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) telah digunapakai sehingga hari ini oleh 9 negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. JAKIM telah melaksanakan projek transformasi SPPIM 2.0 bagi memastikan capaian sistem yang lebih responsif dan memudahkan urusan perkahwinan dan lain-lain urusan yang berkaitan serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui SPPIM.

Secara umumnya, projek transformasi SPPIM ini merangkumi skop kerja- kerja penaiktarafan infrastruktur SPPIM dari aspek perisian dan perkakasan, penambahan fungsi dan modul- modul baru, penambahbaikan modul- modul sedia ada, peluasan SPPIM ke negeri – negeri dan projek integrasi SPPIM dengan sistem agensi yang berkepentingan.  Projek ini dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun bermula September 2021 sehingga Oktober 2024.
Pengarah KSK dalam ucapan perasmiannya berharap agak projek tranformasi ini berjalan lancar dan menepati keperluan pengguna samada pihak JAIN/PAID mahupun masyarakat awam.  SPPIM 2.0 menawarkan perkhidmatan yang lebih efisyen, mudah dan cepat kepada masyarakat awam yang melibatkan semua urusan kaunter di JAIN/PAID dilaksanakan secara dalam talian dan menepati perkembangan serta keperluan teknologi semasa IR 4.0.


Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 01

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 02

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 03

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 04

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 05

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 06

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna UAT Modul SSPIM 08