Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Pemantapan Penceramah Modul Pascaperkahwinan Islam pada 19-21 Februari 2024 (Isnin-Rabu) di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (Kampus Besut), Terengganu . Antara objektif kursus ini adalah untuk melahirkan   pasukan   penceramah yang   berkemahiran, kompeten, berdedikasi dan berkaliber sehingga dapat merealisasikan hasrat objektif modul Kursus Pascaperkahwinan Islam kepada peserta kursus di seluruh Malaysia.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 32 orang penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam Negeri, pegawai Kementerian Kesihatan  Malaysia, pegawai Pendidikan Malaysia, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kaunselor dan pegawai Rundingcara. Para peserta telah diberi pendedahan maklumat dan kemahiran oleh Pakar Gender, YBrs. Tuan Haji Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar (Pak Utih) berkaitan perbezaan gender dari aspek maskulin dan feminin berdasarkan Al Quran dan Nuerosains serta dilatih menggunakan ujian personaliti Brain Wiring Test sebagai salah satu langkah untuk menilai personaliti setiap pasangan dalam Kursus Pascaperkahwinan Islam kelak. Selain itu, bagi memantapkan kemahiran berceramah, peserta didedahkan dengan teknik-teknik terkini, cabaran dan kaedah penyelesaian dalam pelaksanaan ceramah. Aktiviti indoor dan outdoor ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh  YBrs. Tn Noorlihakie bin Raja Husain (Coach Akie) bersama fasilitator dari Kieno Dynamic Solution.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datin Jamilah binti Mohd Zain, Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan, ILIM Kampus Besut.. Pada akhir program setiap peserta telah dianugerahkan Sijil Kursus Pemantapan Penceramah dari JAKIM sebagai tanda pengiktirafan sebagai penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua penceramah dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 01

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 02

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 03

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 04

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 05

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 06

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 07

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 08

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 09


πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π ππ„ππ‚π„π‘π€πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ”π‹ 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆππ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ’ 10