Kurator Berita : Darul Quran
21 Februari 2024 - 25 orang pelajar banin dari Syukbah Qiraat semester empat bersama seorang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya (JKSM). Lawatan ini memberikan pengalaman yang berharga buat para pelajar dengan mendapat pendedahan mengenai skop bidang tugas Mahkamah Syariah. 

Dalam lawatan ini para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai pendekatan yang digunakan dalam menangani konflik rumahtangga termasuklah rundingcara, jawatankuasa pendamai, timbang tara dan sulh. Tidak hanya itu, mereka turut diberi penerangan mendalam mengenai prosedur pembubaran perkahwinan dan kaedah penyelesaian terbaik menurut undang-undang keluarga Islam. Ini bukan sahaja memberi mereka pemahaman yang lebih luas tentang aspek-aspek penting dalam undang-undang keluarga tetapi juga membantu mereka mengaitkan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan aplikasi praktikal di dunia sebenar.

Secara keseluruhannya lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang hukum Islam tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan pembelajaran yang berterusan di kalangan mereka.


25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 01

25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 04

25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 03

25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 02

25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 05

25 PELAJAR SYUKBAH QIRAAT MELAWAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA 06