Kurator Berita : Darul Quran
22 Februari 2024 - 26 orang pelajar Syukbah Halal Semester Enam telah mengadakan program Visit Halal selama dua hari ke agensi penguatkuasaan berkaitan halal di Pulau Pinang. Bermula ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang semalam dan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tatacara penguatkuasaan yang dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasaan lain yang melibatkan penguatkuasaan berkaitan halal.
 
Dalam lawatan ini, pihak MAQIS telah memberi peluang dan pengalaman kepada para pelajar mengenai tatacara melakukan pemeriksaan kontena yang tiba di pelabuhan. Di Jabatan Kesihatan Negeri, para pelajar dibawa menelusuri mengenai bidangkuasa Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam melangkapkan keperluan memastikan makanan yang halal lagi baik. Manakala lawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pula, pelajar-pelajar didedahkan dengan bidangkuasa halal yang dijalankan oleh KPDN di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Kesemua pendedahan yang diberikan amat bertepatan dengan subjek Penguatkuasaan dan Perundangan Halal (PIH3722) yang diambil pada semester ini.

Diharapkan pengalaman dari lawatan ini dapat membuka minda pelajar terhadap kepentingan pengetahuan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang serta memberi inspirasi bagi mereka untuk mengaplikasikannya pada masa akan datang.


Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 01

Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 04

Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 02

Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 03

Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 05

Program Visit Halal Pelajar Syukbah Pengurusan Halal Ke Tiga Agensi Penguatkuasaan 06