MELAKA , 26-27 FEBRUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Teknikal Pelaksanaan Pembayaran Atas Talian bagi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam (SPPIM) bagi Negeri Johor. Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 2.0 pada 26 hingga 27 Februari 2024 di Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka. Bengkel ini telah dikendalikan secara bersama oleh Bah. KSK JAKIM dan Bahagian Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Johor. Ia turut disertai oleh wakil Perbendaharaan Negeri Johor, Bah. ICT Negeri Johor, Bah, Kewangan JAIJ serta Bah. BPM JAKIM. Turut bersama dalam bengkel ini adalah pihak Data Speaks Sdn Bhd selaku penyedia sistem ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dengan lebih terperinci proses kerja yang melibatkan bayaran dalam talian yang akan dilaksanakan di Negeri Johor. Selain itu juga, perbincangan turut merangkumi aspek teknikal bagi proses integrasi SPPIM dan JohorPay. Proses bayaran secara dalam talian ini dilihat sebagai aspek yang penting bagi memudahkan urusan pemohon memandangkan ia lebih mudah dan menjimatkan masa pemohon kerana semua transaksi dilakukan secara maya.
Oleh yang demikian, melihat kepada perkembangan teknologi semasa, keperluan bayaran secara dalam talian ini adalah sebagai alternatif yang amat signifikan untuk dilaksanakan sejajar dengan proses tranformasi SPPIM 2.0 yang akan digunakan sepenuhnya pada Oktober 2024.