Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Rabu
28 Februari 2024

Satu lawatan Kunjung Hormat dan Perbincangan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke atas Pengarah Yayasan Islam Negeri Kelantan.

Kunjungan disamping saling bersuai kenal bersama pengurusan Pendidikan Islam Yayasan Islam Negeri Kelantan, Bahagian Pendidikan JAKIM diwakili oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhil bin Abu Kasim telah menyampaikan ucapan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengarah Yayasan Islam Negeri Kelantan YBrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain atas penganjuran bersama bagi Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA). Sebagai makluman, 7 hingga 10 Jun 2024 bertempat di Kompleks Sukan Saad bin Abi Waqas, Ketereh, Kota Bharu Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 dan Kelantan sebagai tuan rumah Mahrajan tersebut.


Majlis Kunjung Hormat Dan Perbincangan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia Mesma 04

Majlis Kunjung Hormat Dan Perbincangan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia Mesma 02

Majlis Kunjung Hormat Dan Perbincangan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia Mesma 03

Majlis Kunjung Hormat Dan Perbincangan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia Mesma 01