Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
ILIM BESUT, 27-29 FEBRUARI 2024 – Menyedari kepentingan untuk menyediakan penceramah Kursus Praperkahwinan Islam yang berimpak tinggi dari aspek penyampaian modul, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kompetensi Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) pada 27 - 29 Februari 2024 di Institut Latihan Islam (ILIM) Kampus Besut. Program yang julung kalinya dilaksanakan secara berstruktur dengan modul bimbingan Prof. Madya Dr. Md. Noor bin Saper dan Us. Mohd Firdauz bin Mohd Shurkan kepada 30 orang penceramah-penceramah Kursus Praperkahwinan Islam bagi negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Modul yang dilaksanakan telah melalui sesi libat urus bersama Tuan Haji Abdul Jalil bin Saad.

Antara pengisian bengkel ini Mengenalpasti Keperluan Penyampaian MBKPI Yang Berkesan, Membina Pelan Penyampaian Modul, Gaya Berkomunikasi dan Mengurus Audien Secara Efektif dan sebagainya. Para peserta turut didedahkan dengan kemahiran menggunakan teknologi dalam penyampaian modul.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Pengarah Bahagian KSK JAKIM, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Puan Shukreyah binti Zawawi, Pengarah ILIM Kampus Besut. Bengkel seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan kepada lebih ramai lagi sasaran peserta yang terdiri daripada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia.

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 1

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 2

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 3

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 4

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 5

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 6

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 7

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 8

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 9

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI 10