Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 28 hingga 29 Februari 2024, JAKIM, melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 (ATP) Bil.1/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Sebagai iltizam ke arah pemerkasaan tugas dan peranan Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam menguatkuasakan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia, Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan wakil dari Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Ketua-Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri (JAPENS) selaku agensi pemegang taruh berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia telah bersama-sama menyumbang idea dan berkongsi pengalaman masing-masing demi memantapkan lagi ATP yang disemak.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Supt. Akmal bin Yahaya dan Insp. Mohd Nasir bin Abu Hasan daripada Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM juga telah berkongsi maklumat dalam menambahbaik peruntukan ATP dari aspek prosedural berkaitan menguruskan tindakan-tindakan berkaitan operasi dan penyiasatan kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah.

Diharapkan jalinan kerjasama di antara JAKIM, JAIN, JAPENS dan PDRM dapat terus disinergikan dengan kepakaran yang dimiliki oleh semua pihak dalam menambahbaik skop tugas dan peranan Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam menguatkuasakan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.


Berita Mesyuarat ATP 01

Berita Mesyuarat ATP 02

Berita Mesyuarat ATP 03