Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Program Peduli Outreach bersempena Karnival Mahabbah Komuniti Madani telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Mac 2024 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang,  Yayasan Ihtimam Malaysia, Sukarelawan Sosial Islam  dan Masjid As-Syakirin Kg Labu Lanjut Sepang.

Program turun padang ini merupakan aktiviti ziarah mahabbah menyantuni 16 buah rumah klien AADK di sekitar Daerah Sepang yang turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian KSK, wakil-wakil agensi rakan kerjasama dan para sukarelawan.

Klien yang disantuni pada hari ini telah menerima wang tunai berjumlah RM100.00 sumbangan MAIS, Foodbank YaPEIM dan juga cenderamata daripada Kilang Makanan Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N), Julie’s Manufacturing Sdn. Bhd.

Semoga aktiviti turun padang yang dijalankan ini dapat memberikan suntikan semangat dan sinar baharu pada klien-klien yang disantuni.

Program Peduli Outreach 1

Program Peduli Outreach 2

Program Peduli Outreach 3

Program Peduli Outreach 4

Program Peduli Outreach 5