26 Mac 2024
9.30 Pagi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan tapak untuk Kejohanan Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke 23 yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti
Lawatan tapak ini bertujuan bagi mengenalpasti venue pertandingan dan juga penginapan supaya lebih teratur dan sesuai untuk kejohanan sukan tersebut, antara tempat yang menjadi venue pertandingan ialah di UNISZA , UMT, Komplek Sukan Negeri Terengganu dan Kompleks Majlis Sukan Negeri. Bahagian Pendidikan JAKIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran KESSUMA pada tahun ini.