Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 22-23 APRIL 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 4 melalui aplikasi Zoom Meeting kepada para sukarelawan untuk diaplikasikan secara tersusun ketika menyantuni komuniti sasaran di lapangan.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Kursus dua hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Teknik Kaunseling Syarie Dalam Menangani Masalah Klien oleh YBhg. Prof. Dr. Zainab binti Ismail, Kaunselor serta Konsep dan Aplikasi Rawatan Psikospiritual Islam oleh YBrs. Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Pensyarah Universiti Malaya.
Semoga para sukarelawan yang dilatih ini sedia dibentuk untuk menjadi individu yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran di lapangan.

WEBINAR 1

WEBINAR 2

WEBINAR 3

WEBINAR 4

WEBINAR 5