Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Tadika, Sekolah Agama, Tahfiz, Pondok dan (KAFA) Siri 1/2024 dalam (SIMPENI) telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2024 bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, Perlis. Bengkel anjuran Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM merupakan bengkel yang Pertama untuk tahun 2024 dalam penyelarasan data rasmi Institusi Pendidikan Islam di Malaysia ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Pegawai Pengurusan data Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri dan Penyelia KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk pengemaskinian data rasmi Pendidikan Islam serta penyelarasan pengurusan isu dan masalah dalam penyediaan data dan maklumat Pendidikan Islam samada melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) atau medium yang lain.

Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Mohd Mazlinuri bin Mori dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM. Manakala fasilitator yang bertanggungjawab berkaitan teknikal sistem SIMPENI ialah Encik Mohd Ridzuwan bin Wari dan Puan Jizni Arnie binti Juhari pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM.

Perbincangan mengenai beberapa isu yang sering timbul dalam SIMPENI dan dapat mewujudkan satu sistem yang efektif dalam menyediakan data dan maklumat yang lengkap. Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan lagi proses pengurusan dan penyediaan data sebagai rujukan rasmi bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran Pendidikan Islam di Malaysia.

BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 01

BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 02

BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 03

BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 04

BENGKEL PENGEMASKINIAN SEMPENI BIL 1 2024 05